Instagram

Instagram

Saturday, October 3, 2015

KITA JUGA TAK MAHU DIAIBKAN DAN DIHINA DIKHALAYAK

Sebagaimana kita tidak mahu diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh orang lain, kita tidak mahu diumpat, dikeji, dihina, dimaki dan diaibkan, begitu juga pemerintah dan penguasa kita.

Mereka punya hak dan maruah, mereka adalah payung kita di dunia, sedangkan diakhirat, kita tidak ditanya tentang kesalahan dan kelemahan pemimpin kita. Kita ditanya apakah kita telah tunaikan hak2 kita sebagai rakyat untuk mentaati mereka dalam hal kebaikan dan ma'ruf.

Kalaupun benar mereka makan harta dan wang rakyat, kita tidak bertanggungjawab. Urusan kita sbg rakyat, hanya utk taat kpd mereka sbg penguasa dan kerajaan yang sah.

Adapun jika kita menentang mereka, dengan menggulingkan mereka dgn jalan yang tak benar dan jalan belakang, itu adalah satu dosa dan kesalahan. Carilah mana fatwa ulama yang membolehkan menumbangkan kerajaan Islam yang sah disisi undang2.

No comments:

Post a Comment