Instagram

Instagram

Saturday, October 31, 2015

KES TUNTUTAN GANTI RUGI PALING BESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA MELIBATKAN PKR DAN ORG MISKIN SABAH!!!

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.

Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.

BERITA ASAL DAN PENUH DI LINK
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=92625

SAKSIKAN VIDEO BERKAITAN DI LINK
https://www.facebook.com/mynationmalaysia/videos/1677615469121018/

Monday, October 19, 2015

PAC: Hasan datang, Tony Pua mesti pergi


Pengerusi PAC yang baru, Datuk Hasan Arifin mesti menggalas tanggungjawab besar ini dengan sebaiknya. Beberapa penambahbaikan yang telah dibuat pada zaman Jazlan mesti diteruskan oleh Datuk Hasan.

Muka2 lama dalam PAC mesti digantikan dengan yang baru, terutama Tony Pua yang dilanda skandal pembocoran maklumat kerajaan ke luar negara.

Sudah pasti, apabila pengerusi diganti dgn yang baru, kita mahu ahli PAC yang lain juga memiliki idea dan integriti tinggi. Bukan sekadar terpekik dan terlolong konon jadi wira, tapi bila melibatkan kepentingan diri sendiri, senyap seribu bahasa.

Inilah yang terpalit pada muka Tony Pua, semua tahu bahawa Tony Pua ada kepentingan dalam YTL. Bila YTL susah dapat projek, apatah lagi DS Najib mengutamakan 1MDB supaya harga elektrik dapat dikawal, Tony Pua meroyan dan jadi macam orang gila.

Semoga semuanya ini berakhir setelah Datuk Haan memulakan tugasnya, dan Tony Pua diusir dari meja mesyuarat PAC secepat yang boleh.

Luqman Hakim
Kalam di petang ini, untuk santapan di esok hari.
19 Oktober 2015


Saturday, October 3, 2015

KITA JUGA TAK MAHU DIAIBKAN DAN DIHINA DIKHALAYAK

Sebagaimana kita tidak mahu diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh orang lain, kita tidak mahu diumpat, dikeji, dihina, dimaki dan diaibkan, begitu juga pemerintah dan penguasa kita.

Mereka punya hak dan maruah, mereka adalah payung kita di dunia, sedangkan diakhirat, kita tidak ditanya tentang kesalahan dan kelemahan pemimpin kita. Kita ditanya apakah kita telah tunaikan hak2 kita sebagai rakyat untuk mentaati mereka dalam hal kebaikan dan ma'ruf.

Kalaupun benar mereka makan harta dan wang rakyat, kita tidak bertanggungjawab. Urusan kita sbg rakyat, hanya utk taat kpd mereka sbg penguasa dan kerajaan yang sah.

Adapun jika kita menentang mereka, dengan menggulingkan mereka dgn jalan yang tak benar dan jalan belakang, itu adalah satu dosa dan kesalahan. Carilah mana fatwa ulama yang membolehkan menumbangkan kerajaan Islam yang sah disisi undang2.

Thursday, October 1, 2015

Kerajaan tak perlu tunggu pembangkang pecah, hakikatnya mereka sentiasa berpecah.

Kerajaan xperlu tunggu perpecahan pembangkang untuk dapat untung politik. Orang kerajaan dari dulu asyik hidup dengan kelas bangsawan, pemimpin bagai ada kasta kelas tinggi, kereta mewah, pantang makan di gerai2 dan 'mencemar kaki' untuk gotong royong dgn org ramai.

Dulu bukan lagi macam sekarang, mereka mahu pemimpin ada dekat dgn mata dan hati mereka. Pemimpin yang kaya atau tak da duit, rakyat tak lagi kisah sbb yg dapat habuan, bukan rakyat, tapi kontraktor juga.

Rakyat mahu kenal bau ketiak dan peluh pemimpin mereka. Bila pemimpin selalu turun padang, dengar masalah (walau memang mcm pasti xdapat nak selesai), itu takpa, asalkan mereka tahu, calon mereka adalah orang yang ambil berat dan peduli tentang susah senang pengundi.