Instagram

Instagram

Saturday, August 15, 2015

Kempen Anti Bersih 4.0

Assalamualaikum & Salam perjuangan,

Di kala ramai pembangkang sedang mengusahakan promosi Bersih 4.0 yang akan menyemakkan jalan raya di Malaysia, maka aku dan rakan2 ingin mengusulkan agar kita melancarkan Kempen Anti Bersih 4.0.

Tiada apa faedah dengan penganjuran perhimpunan sedemikian. Dan ini dibuktikan dengan penganjuran perhimpunan jalanan yang sama pada tahun2 lepas.

Cuma yang berbeza tahun ini, tiada lagi pemimpin kanan PAS dan penyokong tegar PAS akan turut serta. Unit Amal PAS yang selama ini menjadi tukang pacak menjaga keselamatan peserta Bersih 4.0 juga akan digantikan dengan petugas DAP yang masih mentah dalam pengalaman berpolitik.

Atau mungkin juga DAP akan mengupah pelajar lepasan SPM yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan dan tempat di Universiti. Budak2 muda inilah yang akhirnya nanti akan direkrut khas untuk menjadi askar2 DAP kelak.

Semoga Tuhan memudahkan urusan kita dalam menghalang musuh2 negara merosakkan perpaduan ummah dan menyatukan hati2 kita atas jalan Islam yang benar.

Luqman Hakim
Teratak Fikir
Gombak
15082015

2 comments:

  1. Minta maaf penulis blog, sila jelaskan perkataan Arab yang tertera dalam gambar kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam. Dan untuk pengetahuan saudara, saya anti BERSIH 4.0 yang dilihat menggunakan rakyat sebagai senjata untuk kepentingan parti pembangkang semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih krasniqi, akan saya terangkan dalam posting utama di blog supaya lebih ramai yg dapat baca. tq.

      Delete