Tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya mereka wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar, kata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Menurut laporan Harian Metro Online, Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat usaha individu tertentu ingin menggulingkan kerajaan.
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.
Beliau berkata, ini adalah kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilihi rakyat melalui cara yang sah.
"Sebab itu diwajibkan bagi setiap orang Islam pergi untuk menasihati pemerintah dan tindakan atau usaha menasihati kerajaan yang didapati zalim adalah jihad terbesar," katanya.
Menurutnya, usaha menasihati kerajaan memang sudah dilakukan dengan penubuhan Majlis Ulama dan Umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri serta para ulama. – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/haram-gulingkan-kerajaan-kata-mufti-perak#sthash.YkLap7IN.dpuf

Setakat ini saya tidak nampak adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan. Apa yang sedang rancak sekarang adalah usaha untuk meminta Najib meletak jawatan PM. Kerajaan BN tetap boleh terus memerintah selepas itu hingga PRU14.
ReplyDeletetq Napi, bagaimanapun apa yg dapat dilihat dari mata kasar, bila anda ingn tumbangkang Najib, anda benar2 ingin tumbangkan kerajaan yg memerintah. Pembangkang pun turut sama bantu membantu.
Delete